Institut Kemahiran MARA (IKM) Tan Sri Yahaya Ahmad, Pekan akan menerima kunjungan pasukan ‘Mystery Shopping’ (MS) di bawah inisiatif MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) yang akandijalankan sepanjang hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.
Lawatan ini diketuai oleh dua pegawai MQS iaitu En. Mazlan Bin Mat Jusoh dan En. Zulkifli Bin Muhammad, yang hadir bagi menilai tahap keberkesanan, kualiti perkhidmatan serta suasana kondusif yang ditawarkan oleh institusi.
Lawatan ini bertujuan untuk:
Menilai kualiti ekosistem MARA di IKM TSYA, khususnya dari sudut penyampaian perkhidmatan, penyediaan fasiliti, dan keberkesanan pengurusan.
Meningkatkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga kerja IKM melalui penilaian terus daripada perspektif pelanggan atau pengguna.
Memastikan standard perkhidmatan MARA sentiasa berada di tahap optimum dan seiring dengan aspirasi Skills Towards Brilliant Future.
Bagi menerima lawatan penting ini, pihak IKM Tan Sri Yahaya Ahmad telah membuat beberapa persediaan rapi, antaranya:
Menyusun semula ruang pejabat dan kawasan perkhidmatan pelanggan agar lebih kemas, tersusun, serta mudah diakses oleh pengunjung.
Meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan bengkel serta fasiliti pelajar, bagi memberi gambaran menyeluruh tentang persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Memberi taklimat dalaman kepada semua warga kerja mengenai kepentingan lawatan ini supaya setiap staf bersedia dan memahami peranan masing-masing dalam memberikan perkhidmatan terbaik.
Menyediakan dokumentasi dan rekod pengurusan yang lengkap sebagai rujukan pihak penilai sepanjang sesi pemerhatian.
Lawatan ini diharapkan dapat memberi nilai tambah dalam usaha IKM TSYA memperkukuh kualiti perkhidmatan serta mengekalkan imej sebagai pusat TVET unggul di Pantai Timur.