A- A A+
Menu

pengarah

 

Salam sejahtera dan Salam satu Malaysia, selamat datang ke Laman Web Rasmi IKM Tan Sri Yahaya Ahmad Pekan.

Pertama sekali saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya, saya berkesempatan merakamkan sepatah dua kata di ruangan ini.  Di kesempatan ini juga, saya rakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada pasukan urusetia laman web Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahaya Ahmad, di atas komitment yang tinggi dalam menyediakan informasi di ruangan ini. 

Dewasa ini, kita dapat mengakses maklumat tanpa kekangan dan masalah dengan dunia tanpa sempadan.  Di mana kita berada maklumat hanya dihujung jari.  Dengan adanya prasarana, fasiliti dan kemudahan jalur lebar, penggunjung laman sesawang IKM TSYA dapat mengemaskini aktiviti dan berita semasa IKM TSYA. 

Saya berharap agar laman ini akan menjadi platform atau medium komunikasi yang efektif dan di antara pengguna luar dan warga kerja IKM TSYA.  Kami berusaha untuk memberi maklum balas dengan cepat dan lengkap bagi sebarang aduan dan kemusykilan.  Dalam masa yang sama, warga kerja IKM TSYA juga disarankan agar memanfaatkan medium ini sepenuhnya demi kecemerlangan perkhidmatan serta meletakan IKM TSYA sebagai Institusi yang maju kehadapan dalam teknologi maya. 

Sekian dan selamat melayari laman sesawang IKM TSYA, Pekan.

TUAN HAJI ZAKARIA BIN HASAN 

Pengarah

Institut Kemahiran MARA

Tan Sri Yahaya Ahmad, Pekan

Pahang

 

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com